Tepung Pelita

25 07 2008

Emm…. ini resepi pertama aku nie…. tepung pelita…. raya nak dekat kalau buat berbuka puasa alangkah bestnyer….

Okay aku cita cikitlah pasal resepi nie…….

Tepung pelita sejenis kuih lembut dalam bekas daun pisang. Popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.

Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijai di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. ejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.

Resepinyer ialah….

Bahan-Bahan:

(Lapisan Bawah)
30gm tepung jagung
1 camca besar jus pandan atau pewarna hijau
300 ml air
100gm gula
10 helai daun pandan besar

(Lapisan Atas)
15gm tepung beras
½ biji kelapa parut (8 oz santan)
Sedikit garam

Cara membuatnya

Campurkan semua ramuan untuk lapisan bawah dan kacau hingga pekat jernih masakkan di atas api yang sederhana.
Masukkan perwana hijau. Kacau rata.
Masukkan ke dalam daun pandan yang dibentukkan seperti mangkuk separuh penuh.
Masakkan campuran lapisan atas dan kacau sehingga pekat diatas api yang sederhana.
Curahkan ke atas lapisan bawah sehingga penuh
Kukus sebentar 3-5 minit.


Actions

Information

2 responses

26 07 2008
cAke cOkelaT

Actually cerita macamana aku berminat nak makan tepung lelita ini terjadi bila berlaku satu peristiwa yang menyedihkan di mana ianyer berlaku di bulan ramandhan.Biasalah bila nak berbuka puasa budak budak bujang “student” cam kami nie sering berbuka puasa sesama. Tetapi aku ada seorang kawan yang suka sangat nak belikan kami makanan. Nak jadikan cerita pada suatu hari tu kawan kami tu terlupa nak beli kuih kegemaran kami denagn rasa serba salah dia terus pergi beli kerna tak mahu menghampakan perasaan kawan-kawanyer yang lain walaupun kami tak kisah pun sebab hidangan dah sedia banyak. Tetiba kami dapat panggilan telepon yang kawan kami tu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Yang paling menyayat hati kuih tepung pelita bertaburan di jalan…… dan di kembali ke Rahmatullah……

28 07 2008
Sarina Hj. Ghazali

hemm…. menarik cerita tepung pelita nie.

Leave a reply to Sarina Hj. Ghazali Cancel reply