Who Am I?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Asslamualaikum….

Selamat berkunjung di blog saya yang tak sehebat mana ini.

Saya harap ada isi kandungan blog ini yang membawa manfaat kepada diri anda dan saya mohon maaf sekiranya ada kejanggalan yang ada di dalamnya kerana saya langsung tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

InsyaAllah, sesuatu perubahan akan terjadi dalam diri anda sekiranya anda terus berada disini menghayati pengisian-pengisian yang diutarakan ini. Jadi, datanglah bila ada waktu senggang.

Saya merasa bahwa Allah begitu menyayangi dan mencintai saya dengan segala anugerah yang telah diberikan kepada saya. Di antara anugerah yang membuat saya merasa begitu disayang Allah adalah anugerah suka membaca dan menulis. Dengan banyak membaca saya semakin mengenal Allah, semakin mengenal Rasul-Nya, semakin mengenal sifat dan jati diri orang-orang besar yang saleh dan mulia.

Dengan menulis saya seolah bisa mengobati diri saya sendiri ketika saya sedang sakit. Dan dengan menulis saya merasa lebih berdaya. Saya merasa menemukan ruang yang pas untuk mengajak diri sendiri dan orang lain berusaha menjadi lebih baik dan berdaya.

Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang buruk adalah atas kelemahan saya sendiri. Kalau anda suka blog ini saya harap dapatlah ia diwar-warkan pada kawan-kawan anda yang lain dengan harapan mereka juga mendapat manfaat darinya.

Terima kasih kerana melayari https://hasfazanizam.wordpress.com. Terima kasih buat anda yang tak jemu-jemu singgah ke blog ini.

Saya tidak pasti apa yang anda cari. Mungkin anda singgah disini kerana inginakan ilmu photograph, ilmu agama ilmu perniagaan internet atau mungkin juga anda datang ke sini atas sebab isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.

Apapun, kedatangan anda amat dialu-alukan!

Oh ya..

Biar saya perkenalkan diri saya dahulu.

Saya, Hasfazanizam bin Hasman. Ini adalah blog peribadi saya. Saya dilahirkan pada tahun 4 Mei 1977. Mungkin anda pernah mengenali siapa. Mana tahu kita pernah berjumpa, atau baru sahaja berkenalan disini.

Dalam ramai-ramai pembaca, anda mungkin merupakan kawan-kawan saya. Kawan-kawan sekolah rendah? kawan-kawan di sekolah menengah? di Kolej, di tempat kursus?, di seminar? di tempat kerja lama? atau mungkin kita pernah berjumpa di mana-mana program.

Saya pernah belajar di Sekolah Rendah Sultan Abdullah Kuantan, Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Kuantan, Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Graduasi di Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Saya kini telah pun mempunyai seorang permaisuri hati yang sungguh memahami hati ini iaitu isteri tersayang Norzalifah binti Haji Mokori dan seorang anak perempuan yang comel pengarang jantung papa iaitu Anis Farhana binti Hasfazanizam.

Terima kasih kerana bertamu dan semoga anda semua dalam lindungan Allah sentiasa. Amin

 

2 responses

27 08 2010
shar

Hasfazanizam…baru le aku ingat muka ko wlwpun da lama bergrup yahoo kat teknikkuantan_9394…

Mintak izin taruk link blog ko kat blog aku ya…

27 08 2010
Jendela Hati

Lor yer ke…. aduhai ingat kau ingat aku hehehe… no problem.

apa nama blog kau? Thanks sebab datang ke balog aku nie🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: