Nikah Gantung Selesai Masalah Sosial

25 08 2010

Dari portal :

 http://www.perisik-rakyat.com/2010/08/nikah-gantung-selesai-masalah-sosial.html

Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku nampak cara sekular dapat selesaikan apa-apa masalah. kalau ada yang selesaipun, paling lama setakat setahun… lepas setahun, akan timbul masalah lain. sebab tu ikut mana-manapun, kita kena akur, kita kena yakin bahawa cara Islam 100% lebih baik dan berkesan dalam menyelesaikan apa-apa masalah.

Macam jugak dalam isu buang bayi… yang ni bukan lagi jadi isu, tapi dah jadi “budaya”… “budaya buang bayi”… masuk dalam senarai budaya bangsa Melayu Malaysia. bagi bangsa lain di Malaysia, peratusan kes buang bayi masih terlalu kecik, belum sampai tahap “budaya”.

Bulan Ogos tahun ni mencatat “budaya” buang bayi tertinggi untuk tahun ni. yang ni semuanya datang dari “budaya” jugak… “budaya” mengawan anak muda Melayu Malaysia setiap akhir tahun. yang mana buang bayi ni sahih semuanya mengawan akhir tahun lepas… mungkin masa majlis perpisahan sekolah… aku agak la…

Punca utama mengawan, tak lain tak bukan sebab sedih nak berpisah… masing-masing nak bawak diri, sebelum berpisah jauh, masing-masing nak “bukti cinta” dan “buktikan cinta”… standard anak muda kalau bercinta, bila nak “bukti cinta”, yang pompuan kena boifren “kasi taruk” dan yang jantan pulak kena “taruk”… ayat standard jantan – “apa bukti u cintakan i..?” dan yang pompuan akan jawab – “demi cinta i pada u, i rela serahkan mahkota i pada u…”… ambik kau..!

Bzzzttt… 2-2 kena karen… lepas tu korang pikir la sendiri…

Benda-benda macam ni memang tak kan jadi kalau mana-mana anak muda yang dah gatal sangat nak mengawan dibagi peluang merasa nikmat berumahtangga secara sah. kasi nikah la… hantaran tak yah tinggi-tinggi… untuk mas kahwin, 1 Dinar baru RM589.

Zaman sekarang ni masalah utama ialah Mak… aku dok rasa kalau belah bapak jarang yang demand rege tinggi-tinggi untuk hantaran sebab standard orang jantan, duit tak berkira sangat, janji masalah setel dengan segera… pakcik-pakcik aku sendiri pun aku dok tengok tiap kali anak dara dia nak menikah selalu dok bertekak dengan makcik-makcik aku pasal hantaran.

Pakcik aku letak murah… Al-Qur’an senaskhah, sejadah sehelai dengan kain sembahyang sepasang… mas kahwin pulak ikut yang Jabatan Agama tetapkan… kalau kata Jabatan Agama letak RM50, itula yang pakcik aku letak… malas nak susahkan orang katanya… sebab orang jantan ni selalu kita pikir jugak susah-senang bakal menantu dia nak carik duit… ya la kan… sama-sama jantan, sama-sama tau la susahnya nak carik duit.

Orang pompuan ni dia tau mintaaak je… suruh kerja sendiri mula la tarik muncung 86 depa… kalau yang memang dah kerja pulak lagi la kerek… lagak tak ingat… maklumlah… dia ingat level dia sama tinggi dengan orang jantan… kang aku suruh kencing berdiri kang baru tau..! hahaha…

Ni dah melalut panjang… balik pada kes asal – “Budaya Buang Bayi”.

Sebelum ni, beberapa kepala otak sekular pernah mencadangkan supaya KERAjaan mengajar mata pelajaran seks di sekolah-sekolah demi untuk menangani masalah “Budaya Buang Bayi” yang semakin menular dikalangan anak muda melayu.

Tujuan diajarkan mata pelajaran seks di sekolah-sekolah ialah “kununnya” untuk memberi pendedahan kepada anak muda tentang cara-cara “mengawan” dengan betul… ni idea BANGANG dari kepala otak sekular. betul kata TGNA, ni bukan nak ajar “mengawan” dengan betul… ni nak ajar anak muda “BERZINA” tanpa dapat dikesan oleh mak bapak.

Apa kejadahnya nak ajar anak muda “mengawan” dengan betul..? lembu yang tak sekolah pun tau macam mana nak mengawan… tukang bagi idea ni memang betul-betul simpan taik dalam tengkorak kepala dia… kalau anak muda ni tak reti nak mengawan, apa kejadahnya yang pompuan boleh mengandung..?

Kalau kelas “pendidikan seks” ni diadakan di sekolah-sekolah, kompom ke kes-kes Zina dan seks sebelum nikah dapat dielakkan..? allo brader… mustahil aku tak lempang BikMama kalau aku tau macam mana cara yang betul aku dapat elak dari kena tangkap lol…

Lu dah tau macam mana cara nak elak dari kasik buncit anak pompuan orang, ada kemungkinan tak yang lu dengan awek lu tak akan “mengawan’ tiap kali ada kesempatan..? apa lu mati pucuk ke..? apa awek lu datang bulan tiap-tiap hari ke..?

Apa yang setelnya..? idea sekular macam tu cuma dapat elakkan dari anak-anak pompuan korang “termengandung” je… tang maksiat, zina masih boleh jalan beb, kena elok lagi hebat anak-anak muda ni mengawan dari korang laki-bini. tak mustahil sebab dah expert sangat, masing-masing carik keseronokan dengan lain-lain pasangan.

Banyak skill dapat tu beb… ada yang lama, ada yang kejap… pergh… tak lama lagi laku la kitab Kamasutra, gua rasa kalau idea tu direalisasikan, anak-anak muda masing-masing akan jadikan kitab Kamasutra sebagai bahan bacaan terpenting selain dari buku sekolah… Al-Qur’an..? alamak…


Dalam masa beberapa tahun lagi (kalau idea pendidikan seks jalan), Malaysia akan menjadi “Hub AIDS/HIV” yang terbesar di Asia… silap-silap akan jadi Negara Islam yang paling tinggi anak mudanya berpenyakit kelamin… maklumlah, anak muda yang galak ni mesti rajin bertukar pasangan demi memenuhi selera “mengawan”nya yang tinggi… tak yah pakai kondom, pancut luar je…(maaf), kan dalam kelas dah ajar “cara mengawan yang betul”…

Paham..?

Masalah “Budaya Buang Bayi” mungkin akan setel, tapi akan wujud pulak “Budaya Zina”. dalam kelas pendidikan seks ada ajar ke “mengawan” sebelum nikah tu hukumnya HARAM..? tobat lahum mesti tak de beb… dalam Sains, mana ada “hukum agama” beb… Sains cuma ajar “Lojik” je… benda yang kita nampak, benda yang kita boleh sentuh, benda yang kita boleh rasa…

Tamat bab 1 – Kelas Pendidikan Seks (Kelas Zina), masuk bab 2 – Sekolah Pelajar Mengandung..?

Idea ni datang dari orang besar Negeri Melaka… pakai lambang Keris Telanjang dan Dacing. 1 masa dulu pembesar dari Melaka jugaklah yang gagal “mengawan” dengan betul sebab masa tu kelas pendidikan seks belum ada… sekarang pun belum ada jugak… mangsa pembesar Negeri Melaka tu 1 masa dulu ialah sorang pelajar bawah umur. Cina yang bela budak pompuan yang jadik mangsa pembesar Negeri Melaka tu dulu sekarang dah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Aku rasa walaupun cina tu bukan Islam, tapi Allah dah tunjukkan kuasa-Nya pada kita dimana ganjaran atas pengorbanan Cina tu membela budak pompuan tu dah Allah tunjukkan atas dunia ni. Cina tersebut akhirnya berjaya dalam kerjayanya melalui pengiktirafan rakyat Malaysia Pulau Pinang dalam Pilihanraya yang lepas.

Terima Kasih Lim Guan Eng dan tahniah atas kejayaan anda. sesungguhnya pengorbanan anda yang lalu sudah terbalas didunia ini dan kami umat Islam mendoakan semoga Cina Lim Guan Eng yang memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan diberi hidayah dan dibukakan pintu hatinya seterusnya menerima dan memeluk agama Islam dan beriman kepada Allah s.w.t… amin…

*lepas ni ada la Pemuda UMNO ataupun PERKASA ataupun NGO-NGO pro KERAjaan buat report polis sebab aku mendoakan kesejahteraan Cina Lim Guan Eng ni… DIPERSILAKAN…!!! aku peduli apa..? PENCIPTA aku tak marah pun aku berdoa macam ni…

Lari lak dari bab 2… sambung…

Baik… Sekolah Pelajar Mengandung ni apa..? ni tak lain tak bukan, nak letak tanggungjawab atas kepala orang lain. korang pembesar-pembesar sedap-sedap membelasah daging mentah, kerang rebus dsb, sampai masa sangkut, korang nak letak tanggungjawab atas kepala rakyat..?

Ni tak de lain nak lepas tangan… lepas mengawan, malas nak bertanggungjawab, hantar “sepah-sepah” yang korang dah ratah madunya dekat Sekolah Pelajar Mengandung, rakyat tanggung hasil “nafsu serakah” korang..? macam tu ya..? korang-korang pembesar boleh terus dengan aktiviti “mengawan” dengan pelajar bawah umur macam biasa (macam dulu-dulu) tanpa perlu risau siapa yang akan bertanggungjawab… betul-betul kepala otak Iblis…

Korang nampak tak berapa punya licik geng-geng kepala otak sekular ni..?

Kalau jadi la buat sekolah ni, aku dok rasa majoriti pelajar pompuan akan bersekolah di Sekolah Pelajar Mengandung ni… jantan-jantan dekat luar sana akan terus mengawan dengan lain-lain pompuan yang masih ada madu… lepas ratah, tak yah risau nak hantar dekat mana sepah-sepah… KERAjaan dah standby kasik…!!!

Bab 2 dah tamat… kalau tak paham tolong baca balik… mulakan dengan Bismillahirrahmannirrahim…

Tabung DNA

Bab Tabung DNA ni aku malas nak ulas panjang-panjang… malas nak ulas panjang-panjang sebab benda alah ni berkaitan dengan tugas Hospital dan jugak mahkamah…

Beb… Hospital Malaysia ni boleh percaya ke..? mahkamah Malaysia boleh percaya ke beb..? korang rasa kalau result DNA bayi yang kena buang tu sama sifatnya dengan DNA pembesar UMNO, Hospital nak declare ke..? mahkamah Malaysia ni mahkamah rakyat ke mahkamah UMNO/BN..? hahaha…

Kalau tabung DNA ni diwujudkan, korang rasa ada kemungkinan tak Hospital nak keluarkan result DNA anak yang lahir dari perut budak pompuan yang Cina Lim Guan Eng bela tu sama dengan DNA sape..? korang rasa berani tak Rahim Thamby Chik bagi DNA dia dekat Hospital..?

Hahaha..! macam best jugak Tabung DNA ni kan..? tapi setel ke masalah Zina..? angguk lu la…

Orait… skarang kita sembang pasal idea Ketua dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan – Nikah Gantung.

Nikah gantung..? budak sekolah kalau dah gatal sangat, nikahkan terus dengan pasangan masing-masing… yang mana dah dapat sijil menikah, boleh terus masuk kursus “Pelajaran Seks”… mata pelajaran seks hanya sesuai diajar pada golongan ini. tujuannya ialah supaya golongan ni dapat merancang keluarga masing-masing. kalau masih belajar dan minat nak pergi lebih jauh, ilmu dari mata pelajaran seks boleh dipraktikkan dengan jayanya.

Kalau rasa tak mampu nak tanggung anak, tak payah segan-segan dah nak beli pil perancang atau dapatkan suntikan perancang atau nak beli kondom… bawak sijil/kad nikah je masa nak beli barang-barang tu semua… boleh tayang tinggi-tinggi dekat kaunter 7-eleven – gua dah nikah maaa..! setang nangis guling-guling masa gua nikah maaa… malam jumaat gua dapat pahala sunat maaa..!

Banyak kelebihan tu… zina..? oi..! mana ada zina-zina dah masa tu… masing-masing dah menikah… tak paham-paham lagi ke..?

Mak bapak pun tak yah nak pening-pening kepala lagi dok pikir mana anak pompuan pegi… dah sah-sah dia pegi seronok-seronok dengan laki dia. darah muda wei… mesti nak berkepit je manjang… pasangan-pasangan muda ni kalau dibagi nikah awal-awal aku ingat lagi rajin gi sekolah la… study sama-sama, makan sama-sama, semua buat sama-sama… aku dok rasa kalau Malaysia praktik dan bagi pelepasan untuk pasangan-psangan ni menikah awal, graf pelajar cemerlang pun makin meningkat la…

Silap-silap gaya, pasangan muda yang dah menikah ni yang jadi best student… yang ni tak mustahil beb… perkara yang baik kalau kita buat, insya-Allah yakinlah akan Allah balas dengan berbagai lagi kebaikan untuk kita… yakinlah beb…

Lagi 1 beb… kalau korang ada anak pompuan, korang nak anak pompuan korang terlibat dengan zina ke korang nak anak pompuan korang nikah cepat-cepat supaya kepala otak korang tak serabut tengok dia dok kehulu kehilir dengan jantan..?


Tak yah fikir la bab nikah muda tak kekal lama sebab pengalaman tak cukup… yang tu kita serah je dekat Allah… ingat beb, jodoh dan ajal ditangan Allah. eh… tok nenek kita dulu nikah masa umur dorang berapa belas tahun ek..? zaman dulu kritikal sangat ke kes cerai-berai berbanding dengan sekarang..? aku rasa zaman sekarang lagi teruk beb…

Korang ingat KERAjaan nak lulus ke usul yang best dan Islamik macam ni..?


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: