Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan

23 08 2010

 gold3

Masih banyak yang skeptikal dengan pelaburan emas. Kenapa? Kerana merasakan wang mereka hilang bila beli emas. Hehe.. inilah persepsi yg sangat tidak betul. Beli emas tak sama macam beli handbag LV atau plasma TV. 42 inch. Emas diterima di mana-mana – Nasib baik bawa emas sekilo. Kat negara jiran pun diorang terima. Ikut harga semasa pulak tu. Bukan harga masa beli berpuluh tahun dulu. Kawan sorang tu bawa duit RM50 satu bag. Nilai lebih kurang RM100 ribu. Kesian duit dia takde nilai. Bila negara perang, duit kertas jadi tak laku.. 3. Emas tidak dicukaikan – Kalau taknak jual sekilo emas, jual setengah kilo je. Balance emas boleh simpan, government tak boleh kenakan cukai pun. Sebelum ni pun simpan sekilo emas tanam bawah rumah je. 4. Emas sukar dibinasakan – Walaupun dah tanam 20 tahun lalu, masa darurat korek-korek tanah jumpa balik masih berkilau & tak rosak. Kalau tanam duit kertas sure dah reput. Nota: Setiap pelaburan ada lebihan dan kekurangannya. Jadi amatlah baik jika anda mempelbagaikan (diversify) portfolio pelaburan anda dengan emas.

Masih banyak yang skeptikal dengan pelaburan emas. Kenapa? Kerana merasakan wang mereka hilang bila beli emas. Hehe.. inilah persepsi yg sangat tidak betul. Beli emas tak sama macam beli handbag jenama LV atau plasma TV 42 inchi.

Emas adalah alternatif portfolio pelaburan. Macamana kita laburkan wang kertas dalam hartanah, ASB & saham, begitu jugalah emas. Adakah kita rasa wang kita hilang bila kita labur dalam ASB? Tentu tidak bukan? Begitulah juga dengan emas. Duit kertas kita tak hilang bila beli emas. Cuma bentuk kekayaan kita je yang berubah dari wang kertas kpd emas (jongkong, syiling, dsb).

Sebagai salah satu portfolio pelaburan, emas mempunyai kelebihan yang tidak ada pada jenis pelaburan lain. Antaranya:

1. Emas mudah disimpan dan dibawa kemana-mana – katalah tiba-tiba negara darurat atau perang (nauzubillah), simpanan 200 ribu dalam ASB tak berguna. Kalau terpaksa tinggalkan tanah air utk selamatkan nyawa, apa yang paling mudah dibawa? Emas bukan? Ambil sekilo emas yg kita simpan berpuluh tahun tu, masuk kocek dan lari.. ala besar iphone je sekilo emas. hehe

2. Emas mudah dicairkan (high liquidity) – sampai negara jiran, sure kita dapat perlindungan & bantuan. Maklumlah pelarian… Tapi berapa lama sgt bantuan boleh diberi? Sampai masa kita kena juga berdikari. So jual emas sekilo tadi utk dapatkan modal nak teruskan hidup. Boleh beli rumah, modal niaga dan macam2.

3. Emas diterima di mana-mana – Nasib baik kita bawa emas sekilo. Kat negara jiran pun diorang terima. Ikut harga semasa pulak tu, bukan harga beli dulu-dulu. Kawan kita sorang lagi bawa duit kertas penuh satu bag, nilai lebih kurang RM100 ribu. Kesian dia duit dah takde nilai. Bila negara perang, duit kertas jadi tak laku..

4. Emas tidak dicukaikan – Kalau taknak jual sekilo emas, jual setengah kilo pun jadilah. Balance emas boleh simpan, government tak boleh kenakan cukai. Sebelum ni pun kita simpan sekilo emas tanam bawah rumah je. Mana ada pernah kena cukai. Harga emas naik adalah.. best! best! (Tapi zakat bayar la tiap2 tahun. Apalah sgt 2.5% dibandingkan dgn kenaikan emas purata 25%. Harta makin subur insya Allah)

5. Emas sukar dibinasakan – Walaupun kita tanam emas 20 tahun dulu, bila emergency korek-korek tanah jumpa balik emas tu masih berkilau & tak rosak. Kalau tanam duit kertas sure dah reput dek anai-anai..

Contoh di atas sengaja diberi dalam kondisi darurat/perang. Itulah waktu di mana emas paling bernilai. Zaman jepun dulu, duit pokok pisang seguni bawa kehulu hilir tak laku. Orang nak emas je. Zimbabwe macam mana pulak? google sendiri..

Setiap pelaburan ada lebihan dan kekurangannya. Jadi amatlah baik jika anda mempelbagaikan (diversify) portfolio pelaburan anda. Jika sebelum ini anda tak terfikir tentang emas sebagai portfolio pelaburan, sekarang anda dah tau. Jadi, jangan tunggu lagi. Beli emas sekarang sebelum terlambat


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: