Lama Orang Lupa Kasih Ibu…

21 02 2010

“Ramai orang kata kasih ibu begitu tinggi nilainya… ianya diibaratkan terletak ibawah kaki ib itu sendiri,, tetapi ramai dikalangan kita kini amat abaikan kasih syang mereka dan teguran dari mereka… mengapa kita tanya pad diri kita sendiri….. adakah kita sendiri mudah lupa atas pengorbanan ibu kita…. Anda adalah jawapannya….”

Penerima aduan asal. En Norizan

Seorang ibu (yang juga seorang kenalan lama saya) menulis kepada saya mengenai masalahnya mendidik anak. Dengan persetujuan beliau, saya turunkan tulisan itu di sini dan memohon agar sahabat-sahabat semua memberikan respon dan bentuk nasihat dan panduan. Saya tidak membuat apa-apa suntingan terhadap tulisannya. Terima kasih.

* * * * *

Salam En.Norizan.

Saya ada sikit masalah. Pendek crita dgn anak saya. Dia nih dah buat hal tp baru saya sedarlah. Sy susah hati bila fikir hal anak nih kerana itu jelah anak yang saya ada hari nih. Lelaki usia 15 thn anak tunggal.



Teringat en.norizan pl mungkin arif tentang masalah remaja nih.

Pagi tadi dia kata sakit kepala saya marah kerana baru lepas cuti tahun baru cina takanlah nak ponteng pl. Sy rasa tak sedap hati sy pergi sekolahnya td spot check barulah saya dapat tahu 4 hari dia tak datang sekolah pada Februari ni. Tp dia keluar rumah macam biasa je termasuklah pagi td. Entah kemana dia pergi…tp dia balik rumah jam 10 pg kata ayahnya.

Dia nih suka keluar malam rasanya pergi rumah kawan rapatnya atau melepak di kedai mamak atau di rumah kawan dia kadang jam 11 baru balik, suka naik motor takda lesen sama kawan walaupun saya selalu ingatkan dan larang tp degil.

Jika perhatikan anak saya nih dia…okay sebenarnya tp suka memberontak…tak tahu kenapa. Saya cuba ikut apa yang dia nak saya beri jarang lah dia takan dapat apa dia minta. Maknanya cukup makan, pakaian, duit belanja dan kehendak.

Pagi td alasan pening kepala dia sanggup hentak pintu tumbuk meja berkali-kali jam 6.30 pagi kerana tak mau pergi sekolah. Saya naik hangin saya pula terajang pintu biliknya dari luar. Dah bergaduh mak dan anak. Hilang sabar saya menitis air matalah pagi tadi. Maka keluarlah segala macam ayat maki hamun pada anak. Hilang sabart sungguh saya pagi tadi En.Norizan.

Macam mana nak handle sikap anak macam nih? Adakah ia hanya sementara atau dah teruk sebenarnya baru saya sedar? Macamana saya nak bagi dia kesedaran agar menghormati guru dan ibu bapa-jgn suka melawan cakap? Cikgu pun baru bagi tau. Cikgu tu kata pada saya:” Anak puan biadap. Dia carutkan saya dalam kelas” dengan wajahnya yang tak puas hati… Jadi saya dah dapart bayangkan perangai buruk anak saya tuh. Bukan saja dengan saya melawan dan menjawab tetapi dengan cikgu pn gitu perangainya. Sedih sungguh saya fikir kata cikgu tu tentang hal anak saya nih.

Adakah orang perseorangan yang boleh bercakap dengan anak saya nih? Nasihat atau bagi kaunseling…mungkin saya boleh tahu mana silapnya saya atau disebabkan pengaruh kawan sebaya. Risaulah fikir hal anak hari ni.

Memikirkan waktu saya sekolah tak pernah buat hal dan memberontak pada ibu bapa atau cikgu. Tapi kenapa anak saya pula buat macam ni pada saya! Sy rasa anak saya nih macam terlalu kurang ajar…mungki dia blum cukup matang berfikir atau terlebih fikir macam orang dewasa hingga dia fikir apa dia buat saya tidak perlu nak kawal lagi!

Tp dalam masa yang sama saya lihat dia budak yang baik…tp jenis tak boleh dikawal dan ditegur mudah memberontak pernah nak bertumbuk dengan bapa dia..saya cuma takut dia jadi manusia tak berguna bila habis sekolah nanti…risaulah jika tak diatasi dari sekarang sikap buruknya dia tu.

Camner saya nak buat En.Norizan? Cadangan terbaik utk saya.

* * * * *

Mohon ulasan sahabat-sahabat semua. Kenalan saya itu dapat membaca terus komen di sini kerana beliau juga adalah sahabat FB saya. TQ

p/s: huhuhu bila la aku dapat balas jasa mama ku….

My Great Mama🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: