Aduhai Pijah

17 02 2010

Meminta Bantuan Untuk Mengesan Gadis Ini Sila Sebarkan – Di Manakah Norlaili Afizah…

Kg Setia Jaya
Setapak
Kuala Lumpur

14 Feb 2010
Surat ini ditinggalkan oleh remaja bernama Norlaili Afizah, 19 tahun, dan ditemui keluarganya setelah dia lari bersama seorang lelaki warga Indonesia, 12 Feb lalu.

Tidak diketahui di manakah dia sekarang, dan berkemungkinan besar telah berada di satu lokasi , berkemungkinan di Jawa Timur .

Saya siarkan sepenuhnya surat itu setelah saya menemui keluarganya di Kg Setia Jaya , Setapak sebentar tadi yang meminta bantuan untuk mengesan gadis ini.

ASSALAMUALAIKUM
ABAH, MULAI ARI NI, PIJAH TAK BALIK RUMAH SEBAB PIJAH IKUT ABANG JO PERGI INDONESIA. KITA KAWIN KAT SANA ABAH. ABAH KITA MINTAK MAAF ATAS PERBUATAN JAHAT KITA ABAH. KITA SEDIH SANGAT ABAH, TAPI KITA SUKA KAT ABNG JO.DIA BAIK ABAH,KALAU KITA TAK BUAT CARA NI ABAH, TAK MUNGKIN BAGI KITA KAWIN NGAN ABANG JO. SEBAB ABAH TAK SUKA. SEBAB TU KITA BUAT MACAM NI. ABAH AMPUNKAN KITA ABAH.KITA MINTA MAAF DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI UJUNG KAKI YE ABAH. ABAH JANGANLAH MARAH KAT KITA YE ABAH. ABAH KITA MINTA MAAF BANYAK2. ABAH, ABANG JO BAIK ORANGNYA,DIA TAK PERNAH WAT JAHAT KAT KITA. DIA SLALU BAIK NGAN KITA.ABAH JANGAN RISAU NANTI 1 HARI KITA BALIK JUGA.ABAH JANGAN RISAU NANTI KAT SANE ABANG JO JAGA KITA BAIK2 ABAH, JUGA ADIK, HANGPA TOLONG JAGA MAK AYAH YE.
PIJAH SAYANG KAT HANGPA SEMUA.

PIJAH

Ikuti kisah selanjutnya:
Saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan kira-kira jam 11 malam semalam (13 Feb 2010), yang meminta bantuan saya untuk mencari adik perempuan rakannya yang hilang sejak 12 Feb.
Oleh kerana saya amat penat ketika itu, saya meminta tangguh kepadanya untuk datang menemui rakannya hari ini (14 Feb 2010).

Setelah membuat temujanji, akhirnya saya menemui keluarga ini kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Kg Setia Jaya, Setapak.
Saya juga meminta rakan dari Utusan Malaysia, Angelina Sinyang datang untuk kes ini supaya maklumat kehilangan dapat disebarkan lebih meluas.
Ramai datang berkumpul di rumah ini termasuk beberapa anak muda dari kampung ini yang sejak dua hari lalu berusaha mencari Norlaili di sekitar Lembah Klang termasuk menanpal dan mengedar kira-kira 1000 risalah mengenai kehilangan itu.
Saya amat bersimpati dengan keluarga ini kerana saya lihat keluarga ini benar-benar bingung akan kehilangan Norlalili yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh.
Bagi keluarga ini, mereka terpaksa menanggung risiko akan apa jua tindakan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan kembali anak tersayang.

Ayah Norlaili, Omar Mahmud, 55 tahun, bekerja sebagai pemandu peribadi, manakala ibunya, Rokiah Ratih 50 tahun, sejak 10 tahun lalu menderita penyakit di bahagian otak yang agak kronik.

Rokiah sudah seolah-olah hilang ingatan dan sukar mengingati serta hanya berdiam diri. Berbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya, namun gagal.
Norlaili anak ke 4 dari 5 beradik. Abangnya Mustapa Kamal 26 tahun, Kakak, Siti Norlaila 24, Noor Haslinda 22 dan adiknya Roslin Intan Nurul Amira, 16 tahun.
Norlaili disedari hilang setelah keluar dari rumah jam 11 pagi, Jumaat lalu dan mengikut katanya, dia ke rumah rakannya di Taman Melawati.

Jam 7 petang, dia masih belum pulang dan keluarga lalu menghubungi rakannya, bagaimanapun dimaklumkan, Norlalili tidak datang ke rumahnya.
Telefon bimbitnya tidak berjawab dan usaha mencarinya dilakukan termasuk menghubungi rakan-rakannya yang lain.

Mereka juga syak, mungkin Norlali keluar bersama seorang lelaki warga Indonesia bernama Sarjoseperti yang pernah diceritakannya dahulu dan dakwanya mempunyai keluarga di Kg Kemensah, Hulu Kelang.
Sarjo dipercayai berasal dari Jawa Timur.
Pencarian juga gagal di Kg Kemensah.

Jam 10-57 malam, Omar menerima satu khidmat pesanan ringkas dari Norlaili:

“Abah, pijah minta maaf banyak2, pijah sekarang dekat johor bharu, pijah nak pergi indonesia, pijah dalam pejalanan kapal laut ferri, abh tadi pijah sorok surat dalam almari tuya simpan pisau, bawah belenda”

Laporan polis kemudian dibuat di Balai Taman Melawati.

Menurut keluarganya, Norlaili seorang anak yang baik dan tidak pernah melakukan perkara yang tidak disenangi keluarga malah selalu berkorban menjaga ibunya yang sakit.

Tahun lalu, dia mengikuti PLKN Siri 6/2009 Kumpulan 3 di Benum Hill Resort, Raub Pahang..

Keluarganya percaya, Norlaili mengenali seorang buruh warga Indonesia bernama Sarjo (abang Jo) di sebuah tapak pembinaan kondominium yang terletak hanya di seberang jalan rumah mereka beberapa tahun lalu.

Dan kini, kondominium itu telahpun siap dan telah diduduki , dan tiada lagi buruh binaan di situ.

Norlaili juga didapati telah menjual salah satu dari dua telefon bimbitnya kepada rakannya beberapa jam sebelum dipercayai meninggalkan negara ini.

Dan sejak SMS pada jam 10-57 malam itu, telefon bimbitnya gagal dihubungi.

Bagaimanapun , masih belum dipastikan, kesahihan lokasi sebenar Norlalili samada masih berada di negara ini atau telah ke Indonesia seperti dakwaan dalam SMS nya.

Ketika keluar, Norlaili memakai baju kemeja hitam-kuning berlengan panjang dan berseluar jeans serta bertudung.hitam.

Sebarang maklumat mengenai Norlaili, anda boleh salurkan kepada saya, atau mana-mana balai polis atau terus kepada keluarganya

Omar Mahmud (ayah) – 017-3107234
Mustapa Kamal Omar (abang) – 016-2690277
Sumber: http://ondscene.blogspot.com/


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: