Menarik topik hari ini

11 02 2010

Akhbar Cina (II): Sasaran Media Prima seterusnya?

Posted by rakyat marhaen Khamis, 2010 Februari 11
Setelah khabar “Media Prima berniat mengambil-alih akhbar Cina” tersebar, maka akhbar manakah yang menjadi sasarannya, dijadikan tumpuan. Terdapat tiga kemungkinan seandainya ditinjau pada lanskap media cetak bahasa Cina di Semenanjung Malaysia:
Pertamanya, salah satu akhbar Cina daripada Tycoon Sarawak, Tiong Hiew King yang menguasai Media Chinese International Limited; dan Nanyang Siang Pau adalah akhbar yang paling tinggi kemungkinannya;
Keduanya, Oriental Daily yang dikuasai KTS Group dari Sarawak;
Ketiganya, Kwong Wah Yit Poh yang dimiliki mendiang Loh Boon Siew (1915-1995).
Nanyang Siang Pau
Media Chinese International Limited kini memiliki empat akhbar harian bahasa Cina, dan 19 buah majalah. Laporan kewangan tahun 2009-nya mencatat keuntungan US Dollar 17.355 juta. Seandainya Media Chinese International Limited melepaskan salah satu akhbar Cina-nya, ia semestinya bukan pertimbangan faktor komersial, tetapi hasil daripada tekanan politik. Apa yang menimpa tycoon Quek Leng Chan pada tahun 2001 akan berulang, di mana beliau didesak untuk melepaskan Nanyang Holding kepada MCA.
Nanyang Siang Pau yang diasaskan oleh Tan Kah Kee pada tahun 1923 adalah akhabr yang paling tinggi kemungkinannya untuk dilepaskan oleh Media Chinese International Limited. Ini kerana akhbar Cina yang paling laris edarannya seketika dahulu, telah menjunam prestasinya selepas diatasi Sin Chew Daily. Sejak MCA mengambil-alihNanyang Siang Pau bersama Tiong Hiew King pada tahun 2001, prestasi Nanyang semakin merosot.
Laporan Kewangan tahun 2009 Media Chinese International Limited memetik statistik daripada Audited Bureau of Circulations, dari Julai 2007 hingga Jun 2008, Sinchew Daily mencatat edaran 383,775 naskah sehari, China Press pula 240,798 naskah sehari dan Guang Ming Daily 130,564 naskah sehari. Satu-satunya edaran akhbar yang tidak diumumkan adalah Nanyang Siang Pau.
Menurut rekod Audited Bureau of Circulations yang terkini, angka edaran Nanyang antara Julai 2006 hingga Jun 2007 mencatat 114,000 naskah sehari. Walau bagaimanapun, pengamal media menjangka edaran Nanyang kini tidak melebihi 100,000 naskah sehari.Nanyang diramalkan mencatat edaran maksima 70,000 atau 80,000, malah mungkin lebih rendah daripada angka itu.
Seorang pengamal media memberitahuMerdekaReview, seandainya sesebuah syarikat akhbar mendapati angka prestasinya amat “menyakitkan mata”, mereka boleh memilih untuk tidak melaporkannya kepada Audited Bureau of Circulations. Namun, walaupun edarannya menjunam, tetapi pendapatan iklannya (Adex) antara Julai 2006 hingga Jun 2007 masih mencatat RM68.0 juta.
Seorang pengamal media lagi berkata kepada MerdekaReview, salah satu kemungkinan adalah Media Chinese International Limited melepaskan sebahagian saham Nanyang Siang Paukepada Media Prima. Sebagai ganjarannya, impian Tiong Hiew King untuk berkecimpung dalam bidang media elektronik akan direalisasikan.
Walaupun demikian, seandainya Media Chinese International Limited mahu melepaskanNanyang Siang Pau, ia mungkin akan dilontarkan label sebagai “pengkhianat industri budaya Tionghua”. Nanyang Siang Pau memiliki makna dari segi sejarahnya dalam masyarakat Cina. Perkara sedemikian pernah berlaku, di mana saham utama akhbar Nanyang Siang Pau pernah jatuh ke tangan Pernas yang dikawal UMNO pada tahun 1970-an dan usahawan Melayu Wan Azmi Wan Hamzah pada tahun 1980-an, mengundang pertikaian dari komuniti Cina.
Oriental Daily masih boleh bertahan
Oriental Daily pula, pernah dikhabarkan bakal diambil-alih oleh NSTP pada Januari 2008, tetapi kedua-dua pihak OD dan NSTP mendakwa bahawa mereka “tidak mengetahui apa-apa”, semasa ditemuramahMerdekaReview.
Berdepan dengan khabar angin kali ini, dua orang pengamal media veteran tetap menganggap bahawa kemungkinan KTS Group melepaskan Oriental Daily adalah tidak tinggi. Ini kerana KTS Group memilikiSee Hua Daily News di Sarawak, yang memerlukan satu akhbar bahasa Cina di Barat Malaysia sebagai sumber maklumat dari Semenanjung. Lebih-lebih lagi, keuntungan daripada Borneo Post di bawah KTS Group cukup untuk menanggung kos operasiOriental Daily.
See Hua Daily News adalah akhbar bahasa Cina yang terlaris di Sarawak, dengan 57,413 naskah sehari antara Julai 2008 hingga Jun 2009. Borneo Post adalah akhbar bahasa Inggeris yang terlaris di Sarawak, dengan 63,392 sehari dalam tempoh yang sama. Pesaing selepasnya ialah New Straits Times,dengan edaran hanya 2,838 naskah sehari.
Seorang pengamal media memberitahuMerdekaReview, kemungkinan KTS Group memberi laluan kepada Kumpulan Media yang berlatarbelakangkan UMNO untuk menguasai saham Oriental Daily adalah tidak tinggi. Ini kerana sikap keluarga Lau Hui Kang yang sentiasa menghindari politik selama ini, berbeza daripada Tiong Hiew King yang sentiasa berbaik-baik dengan mereka yang rapat dengan kuasa. Tiong cuba menarik sahabat rapat Mahathir, Wong Soon Kai semasa zaman pemerintahan PM keempat ini, dan selepasnya, bapa mertua Vincent Lim Kian Teck (Setiausaha Politik Abdullah Badawi), Leong Khee Seong.
Menurut maklumat daripada Audited Bureau of Circulations, edaran Oriental Daily adalah 100,505 naskah sehari antara Julai 2007 hingga Jun 2008, tetapi merosot kepada 97,882 naskah antara Julai 2008 hingga Jun 2009. Bagaimanapun, edarannya masih lebih tinggi daripada Guang Ming Daily News (di bawah Media Chinese International Limited) yang mencatat 97,765 naskah sehari.
Kwong Wah Yit Poh
Pada 4 Mac 2009, New Straits Times pernah melaporkan bahawa sebuah syarikat pelaburan dari Jerman berniat untuk mengambil alih sebuah akhbar bahasa Cina yang berpusat di Pulau Pinang melalui Lippo Group, malah sedang berunding bersama dua akhbar Cina ini.
Laporan ini mencungkil tekaan bahawa Kwong Wah Yit Poh yang sudah mempunyai sejarah hampir 100 tahun, atau Guang Ming Daily News yang menjadi sasaran. Tetapi pengamal dalam bidang media tidak menganggap kedua-dua akhbar ini akan dijual kepada orang asing.
Kwong Wah Yit Poh yang bakal menyambut ulang-tahun satu abad tahun ini, mencatat edaran 71,944 naskah sehari dari Julai 2007 hingga Jun 2008. Pada masa yang sama, pendapatan iklannya mencatat jumlah RM 53 juta, lebih tinggi daripada RM42 juta yang diperolehi Oriental Daily. Pengamal media juga bertanggapan Kwong Wah masih berada dalam genggaman keluarga Loh Boon Siew. Malah, dikhabarkan Loh Boon Siew meninggalkan wasiat agar syarikat akhbar ini tidak dijual.
Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Boon Siew Sdn Bhd yang dimiliki keluarga Loh adalah pemegang saham terbesar Kwong Wah, dengan 58% sahamnya. Selain itu, anaknya Loh Kor Bee dan syarikat keluarga yang lain seperti Loh Kar Bee Holdings Sdn Bhd juga menguasai saham syarikat akhbar ini dengan 1.3% dan 5.6% masing-masing.
Menurut laporan kewangan pada 31 Disember 2007, Kwong Wah memperolehi keuntungan sebelum cukai sejumlah RM 2.88 juta (RM2,287,407), dan keuntungan selepas cukai ialah RM2.27juta (RM2,270,772). Namun, laporan kewangan pada 31 Disember 2008 mencatat kerugian sebelum cukai sebagai RM1.04 juta (RM1,041,606) dan kerugian selepas cukai adalah RM1.19 juta (RM1,191,446). (Bahagian kedua, tamat)

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: