EGO SEORANG ISTERI…APA KATA ANDA ??

10 02 2010

Kali ini aku ingin berkongsi satu email yang kuterima dari seorang lelaki bergelar suami yang mengadu tentang masalah rumahtangganya yang kian meruncing dan tentang sikap isterinya yang dikatakannya seorang yang terlalu ego dan sukar menerima teguran. Agak menarik email tersebut dan aku paparkan disini pandangan beliau yang rasanya tidak kurang menariknya untuk dibaca dan diteliti.

Kerana beliau sendiri menceritakan mengapa dia mahu berkahwin lagi, sebab dan apa kekurangan isterinya. Di mana silap isteri sampai suami merasa amat kecewa dengan sikap mereka yang terlalu ego.

`Saya tahu ramai kaum hawa yang tidak sukakan kenyataan saya ini tapi dengarlah kisah saya sehingga keakhirnya dan anda nilaikanlah sendiri, kenapa saya perlu kahwin lagi..

“Kaum wanita suka menyalahkan kaum lelaki bila rumah tangga mereka kucar kacir, mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka sendiri, mengapa suami mereka ingin kahwin lagi, dan apa punca dan masalah suami mereka sampai sanggup berbuat demikian. Sebenarnya bukan mudah lelaki berkahwin dua tanpa sebab tertentu.

“Pada pandangan saya kebanyakkan wanita Melayu mempunyai ego yang teramat tinggi. Mereka ingin kahwin tetapi tidak mahu jadi isteri solehah. Berbeza dengan wanita bukan Melayu, mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan setia.

“Sebagai contoh saya mempunyai seorang kenalan hasil daripada penglibatan saya dengan PERKIM. Beliau merupakan seorang wanita Inggeris yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Dia sanggup meninggalkan kehidupan Metropolitan beliau pada masa lalu dan kini menetap di pendalaman di Selangor bersama suaminya tanpa keperluan asas seperti elektrik mahupun air.

“Semua ini dilakukan untuk kebahagiaan suami dan keluarga. Itulah pengorbanan namanya yang mana jarang kita temui daripada kaum hawa Melayu, kesanggupan wanita Inggeris ini meninggalkan kemewahan hidup hanya untuk bersama-sama suami amat mengkagumkan saya dan beliau telah membahagiakan suaminya.

“Nabi pernah bersabda bahawa sekiranya manusia ini boleh menyembah selain dari Allah, maka isteri akan disuruh menyembah suami. Dan bagi wanita, sesungguhnya Syurga itu amat mudah jika di bandingkan dengan lelaki, sembahyang, puasa dan taatlah pada suami, maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.

“Saya bukanlah bersikap menegakkan bendera orang lelaki atau mengangkat mertabat kaum lelaki, tetapi ini adalah yang hak, dan anda syang menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur, sepatutnya menjadi lebih insaf.

“Pada pandangan saya kebanyakkan kisah yang didengar seolah-olah menyalahkan kaum lelaki
berpoligami, seolah-oleh dengan berpoligami itu satu cara yang sah untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka. Tanggapan ini bagi saya adalah tidak benar malah ia lebih menyakitkan hati kaum lelaki.

“Jika kita melihat fitrah kejadian Adam, Nabi Adam hidup senang lenang di Syurga dan kenapakah dijadikan Hawa. Kerana Allah mengetahui bahawa Adam kesunyian dan dijadikan Hawa itu, sebagai pasangan hidupnya. Itulah sebabnya, lelaki yang kematian isteri mereka kemudiannya akan berkahwin lain.

“Berlainan dengan kaum wanita yang boleh meneruskan hidup selepas kematian suami. Mereka boleh hidup sendirian, boleh menguruskan diri, rumahtangga dan anak-anaknya sendiri, tetapi lelaki tidak, walaupun bukan semua lelaki demikian, tetapi itulah yang berlaku kepada lelaki. Sama seperti kejadiannya. Apa yang saya ceritakan ini sedikit sebanyak turut melibatkan hidup saya, saya katakan demikian kerana keadaan hidup saya yang selalu kesunyian walaupun ada isteri tetapi dia yang tidak memperdulikan kebajikan saya menyebakan atau menjadi faktor utama yang menolak (pushing faktor) saya ke arah hidup berpoligami.

“Sebagai suami siapa boleh sabar kalau isteri pun tidak mahu bertegur sapa dengan kita, kerana egonya terlalu tinggi. Malahan hubungan kelamin pun tidak mendapat layanan sewajarnya, baginya, hubungan suami isteri semata-mata untuk mendapatkan zuriat sahaja. Adakah itu adil, adakah itu sewajarnya sikap seorang isteri terhadap suaminya. Dan sikapnya yang sedemikian tidak boleh ditegur dan dinasihat.

“Bagaimana pun bagi saya, hubungan seks itu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi saya amat kesunyian dan memerlukan ‘companionship’ yang lebih lagi. Saya selalu memikirkan apakah akan terjadi kepada diri saya apabila saya tua kelak. Rasanya pada masa itu seks bukanlah perkara utama lagi malahan saya amat memerlukan seorang rakan hidup.

“Pada pandangan saya zaman ini kebanyakan kaum wanita setelah mereka diberikan pendidikan, pekerjaan dan taraf kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat, mereka telah gagal memahami fungsi mereka sebagai ibu dan isteri di dalam institusi keluarga. Malahan, mereka beria-ria ingin setanding dengan lelaki yang mana akhirnya membawa kemusnahan kehidupan keluarga itu sendiri.

“Apa yang saya cuba ceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri di mana sikap dan perbuatan isteri saya sendiri jika ditegur kepada kebaikan, isteri saya akan meminta menceraikannya dengan alasan bahawa kami sudah tidak sesuai lagi sebab saya menegurnya. Apakah salah suami, yang menjadi nakhoda menegur isteri?

“Sebab itulah apabila kaum lelaki ingin bernikah lain, kebanyakkan isteri akan melenting malah sanggup meminta cerai daripada hidup bermadu tanpa memikirkan atau muhasabah diri sendiri di manakah silap mereka terdahulu.

“Itulah sebabnya mengapa saya katakan bahawa ego isteri zaman ini amat tinggi sekali. Kaum wanita tidak ingin diperlekehkan oleh masyarakat yang memandang serong dengan tanggapan bahawa mereka tidak tahu melayan suami sehinggakan suami cari lain, atau berkahwin lagi.

“Secara jujur dan ikhlas saya nyatakan bahawa saya memang berhasrat untuk menikah lagi dan saya kini sedang berkenalan dengan seseorang. Beliau banyak membantu saya di dalam melalui kehidupan yang amat kesunyian ini dengan menjadi rakan hidup saya yang baik.

“Bukan itu sahaja beliau selalu mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak saya. Beliau tidak ingin digelar perampas suami orang. Itulah peliknya kaum hawa. Mereka hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan apakah perasaan kaum lelaki.

“Jadi kaum hawa juga perlu ingat tanggungjawab mereka sebagai isteri dan menjaga hak-hak suami. Jangan memperlekehkan suami. Jangan hanya memikirkan tentang apa yang anda harus dapat daripada suami tetapi berilah apa yang hak kepada suami anda.

“Kepada mereka yang mempunyai tanggapan serong tentang kaum lelaki yang ingin berpoligami semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka, lihatlah ke dalam diri sendiri dahulu. Ada juga kaum lelaki hanya mahukan rakan hidup lebih daripada seks. Perkahwinan ini adalah segala-galanya bukan hubungan kelamin sahaja.

“Jika agama itu dijadikan landasan hidup berumahtangga, maka tidak akan menjadi porak peranda kehidupan masyarakat kita hari ini. Hidup ini amatlah pendek dan kita hidup di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Nyawa kita adalah pinjaman dan ingatlah jika kita melakukan yang hak kepada suami kita dan suami kita redha dengan kita, maka Syurga itulah pembalasannya dan itulah yang kekal.

Demikian cerita Encik S tentang pengalamannya dan pandangannya tentang kebanyakan isteri zaman ini dan mengapa suami mereka kahwin lagi. Benarkah wanita ego atau sebaliknya, tentu anda sebagai pembaca sendiri lebih tahu dan lebih memahami.

Jadi..ibu-ibu..bapak-bapak...apalagi ???? komen sikit..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: