Peringatan…

1 02 2010


Tak wajar guna dering azan di telefon bimbit

KAHIRAH: Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, berkata seruan azan yang digunakan sebagai nada dering telefon bimbit tidak seharusnya dijawab.

Menurut fatwa yang dikeluarkan beliau pada Rabu lalu, penganut Islam juga digesa agar tidak menjadikan seruan azan atau mana-mana ayat Al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit.

Beliau berkata nada dering serupa itu tidak sesuai dan merendahkan kesucian ayat-ayat Al-Quran.

‘Ayat-ayat Tuhan adalah suci… Tuhan memerintahkan kita menghormati serta mengagungkan ayat-ayat-Nya,’ kata Sheikh Gomaa.

Mengenai nada dering azan, Sheikh Gomaa berkata:

‘Seruan azan ialah untuk menandakan waktu solat…untuk menggunakannya sebagai nada dering menimbulkan kekeliruan.’

Fatwa itu disiarkan di laman web rasmi Dar al-Iftah, salah satu institusi terawal pengajian Islam.

Nada dering Islam semakin digunakan secara meluas di Mesir yang mempunyai sekitar 80 juta penduduk.

Nada dering serupa itu turut digunakan oleh pengguna telefon bimbit di Baghdad, Arab Saudi, Tebing Barat dan juga Lebanon.

Para ulama Arab Saudi baru-baru ini telah turut mengeluarkan fatwa yang melarang penggunaan ayat-ayat Al-Quran sebagai nada dering.

Di Mesir, nada dering ayat-ayat Al-Quran dan laungan azan boleh dimuat turun daripada Internet, laman web syarikat telefon bimbit dan melalui talian yang disiarkan di saluran televisyen setempat.

Di Mesir, hampir 50 juta penduduknya menggunakan telefon bimbit. — AP.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: