Gosip pagi

31 01 2010

Wartawan Itali Meraba Beckham


Kejantanan David Beckham seperti yang dipaparkan dalam iklan seluar dalam Armani, membuat seorang wartawan wanita Itali terdesak untuk merabanya

GARA-gara ingin tahu kejantanan jaguh bolasepak David Beckham, adakah dia sehebat iklan seluar dalam Armani yang diperagakannya, seorang wartawan TV Itali telah meraba Beckham.

Insiden tersebut berlaku di sebuah hotel di Milan baru-baru ini di mana wartawan dan juga bintang “Le Iene (The Hyenas,)” Elena Di Cioccio pura-pura menghampiri dan menemuramah Beckham.

Sebaik saja selepas menemubual Beckham, Elena, yang bekerja di program berita satira di TV Itali, telah tunduk dan terus meraba Beckham.

Ramai pemerhati yang berada di lokasi tersebut tergamam dengan aksi spontan bintang berusia 36 tahun itu.

Beckham juga turut kelihatan terperanjat dan tergamam hingga tidak terkata apa-apa. Sejurus selepas itu, beberapa pengawal sekuriti bergegas membawa Beckham keluar dari situ.

Bagaimanpun, Elena menjerit ke arah Beckham sambil juara bolasepak itu berlalu pergi dalam keretanya….,”Beckham, anda telah menipu kami semua. Sungguh tidak patut, David!”

Kemudian Elena berlari bertempikkan sambil menjerit kegembiraan kerana dapat apa yang dihajatinya.

Rakaman video Elena berbuat demikian telah banyak dimuat turun di internet hingga video itu diberi tajuk,”wartawan serang Beckham dengan meraba”.

Dalam satu temubual dengan The Daily Telegraph selepas insiden tersebut, Elena berkata, dia berbuat demikian kerana ingin memastikan kejantanan Beckham.

“Saya hanya ingin tahu adakah dia sehebat apa yang dia tampilkan dalam iklan seluar dalam Armani itu. Dan saya sudah pun menemui jawapannya. Rupa-rupanya tidak…,” jerit Elena kegembiraan.

mstar


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: