6 MASALAH YANG MEMALUKAN WANITA

31 01 2010


PDF Print E-mail
Wanita: malu mengaku masalahnyaANDA tidak bersendirian. Umumnya, jutaan wanita di muka bumi ini hidup dengan rasa malu kerana masalah pembuangan air kecil yang kerap, peluh berlebihan, faraj berbau, angin dan beberapa masalah lain yang ‘sewaktu’ dengannya. Mereka langsung tidak mahu berbincang mengenainya. Fikir mereka, ”Biarlah ia menjadi rahsia diriku seorang.”
Topik-topik yang ada kena-mengena dengan ‘tandas’ seperti terlalu kerap membuang air kecil, masalah pundi kencing, usus, datang bulan dan keputihan muncul keadaan yang paling memalukan kaum Hawa diikuti dengan masalah badan dan kemaluan berbau serta nafas yang kurang menyegarkan. Bagaimanapun, menutup mulut tentang isu-isu ini tidak lebih daripada satu perbuatan yang merugikan kerana untuk pengetahuan anda, terdapat sekian banyak rawatan yang ditawarkan di luar sana.
 
Berikut digariskan enam masalah paling memalukan yang dihadapi oleh wanita. Turut dimuatkan alasan kenapa anda tidak perlu lagi berdiam diri berpeluk tubuh mengenainya. Kita mulakan dengan:
Kerap membuang air kecil. Tiada data yang dapat memberitahu jumlah sebenar wanita-wanita di negara ini yang menderitai masalah ini. Bagaimanapun, sebagai perbandingan dengan negara yang selalunya dijadikan rujukan iaitu Amerika Syarikat (AS), ia mengganggu lebih 17 juta warga wanitanya.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: