INFO Maklumat… Apa itu >>>>

12 12 2009
 

PENYAKIT KENCING MANIS(DIABETES)

Pendahuluan

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu,China dan Yunani (Greek).Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek),Areteus, dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos  dalam darah.

st1\:*{behavior:url(#ieooui) }

APA ITU KENCING MANIS(DIABETES)

Apa itu kencing manis (Diabetes mellitus)

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing seseorang. Ini disebabkan glukos (gula) dalam darah tidak dapat diceranakan oleh badan disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang keberkesanan isulin, atau kedua-duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap  kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan.

Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap kencing manis. Berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit kencing manis di Malaysia  juga dijangka meningkat daripada 800,000 orang pada tahun lepas kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Memandangkan jumlah pengidap kencing manis sentiasa bertambah saban tahun, amatlah perlu bagi rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat permakanan agar kencing manis dapat dibendung. Ini termasuk diri anda sendiri.

Percaya atau tidak PERIA adalah penawar yang anda cari-cari selama ini. Sama ada anda suka atau tidak, sejak dari zaman dahulu, orang tua-tua telah menggunakan sayur PERIA sebagai penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Tumbuhan ini lazimnya digunakan sebagai ubat tradisional di China, India, Afrika dan tenggara Amerika Syarikat.

Peria yang dikenali dengan nama botaninya, Momordica Charantia, sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien. Namakan sahaja – Vitamin A, Tiamina, Riboflavin, Asid Nikotinik, Vitamin C dan Zat Besi, semuanya terdapat pada sayuran ini.

 
Untuk maklumat lanjut;
 
Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ini, juga produk-produk lain sebagai alternatif kepada  menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.
Terima kasih

HASFAZANIZAM HASMAN
Layari http://www.TehPeria.biz/hasfazanizam

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: