Facebook | Syamsul Johari Jalaludin: Menang Moral, Menang pengajaran…

25 08 2009

Facebook | Syamsul Johari Jalaludin: Menang Moral, Menang pengajaran…: “Nabi Muhammad s.a.w pernah menyatakan pada sahabatnya;’Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu amanah, sesiapa yang mengabaikan amanah itu, akan menyesal pada hari kiamat”

Andai jika disekolah tika suatu waktu dulu, apabila murid mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan,tercorot; ia dalam keadaan dua personaliti yakni kecewa atau tak endah akan hal itu.Pabila balik ke rumah, ibu dan bapa memberi sokongan moral. Esoknya pula ke sekolah guru yang peka; akan menasihati murid itu.Lama-kelamaan sokongan moral itu memberi kemenangan moral dan seterusnya benar-benar memberi kemenangan yang sebenar kepada murid itu.

Ternyata seorang murid dapat berubah…melalui sokongan moral dan terlahirnya kemenangan moral dan kemudian kemenangan sebenar.

Berbalik kepada keadaan dan suasana politik, pilihanraya sebelum ini dan hari ini adalah 2 pengajaran yang dapat dilihat.Iaitu menang moral(bagi pilihanraya sebelumnya) dan menang pengajaran(untuk pilihanraya ketika ini).Ianya satu kompilasi yang mungkin memberi teguran besar kepada satu pihak yang memerintah dan saf kepimpinan yang ada diantaranya masih di alam khayalan.

Teori pendulum, teori kebangkitan dan sebagainya, semua habis disepak terajang satu persatu. Dan rakyat tidak melihat teori, rakyat melihat imej kepimpinan yang pemimpin itu akan bawa.Ternyata ianya telah dizahirkan dan memberi satu budaya ‘tercengang’ kepada satu pihak ini.

Seterusnya dilabelkan pula rakyat tidak mahukan pembangunan, diberikan pula berbagai alasan.Soalnya pembangunan yang bakal disajikan itu seolah nampak tidak jujur.Dan perkara ini harus dilihat sebagai cuit cuit kelemahan yang memakan diri.Kerana persoalan akan timbul pada rakyat; kenapa semasa pilihanraya seorang atau lebih pemimpin menaburkan janji janji mega untuk rakyat disesuatu kawasan, kenapa tidak dilakukan sebelumnya?Adakah hanya menunggu kawasan itu kawasannya maka pembangunan dapat disajikan? Apakah ini sahaja cara untuk memikat rakyat? Ternyata kurang tersangat kurang idea dalam mengembangkan cara memikat hati rakyat.

Akhirnya rakyat memangkah pihak yang nampak jujur dalam melaksanakan pembaharuan. Serangan peribadi menjadi senjata hebat masakini seandainya pihak yang diserang tidak menjawab dengan sebaiknya.Dan ditambah lagi apabila pihak yang diserang; diwakilkan atau ada pihak lain yang tolong jawabkan untuk sesuatu isu yang diserang.Nampak jelas kelemahan itu coba disorokkan.

Hari ini corak dalam permainan politik harus ada strategi(bukan strategi lama) dan bukan kerna nama semata-mata. Mengambil contoh media baru, ianya satu strategi menyeluruh dalam penyampaian maklumat tetapi sayangnya pihak yang menerajui tidak sehebat yang diimpikan walau dikatakan mahu ‘berperang’.Hakikatnya idea berperang dan strateginya masih ditakuk lama, ditambah pula jarang nampak perlaksanaannya yang berjaya.

Andai nama sahaja GAH tetapi tiada perlaksanaan dan idea-idea yang jitu maka sekali lagi pihak tersebut akan kalah.Apa yang dapat dilihat disini ialah dalam komuniti pihak itu sendiri masih belum cukup kuat penyatuannya, masih ada lagi pihak dalam pihak itu yang dipinggir atau terpinggir.Formula sebelum ini yang mengatakan penerimaan rakyat sudah mula berputik bukanlah suatu jawapan hakiki.Formula harus dijana dengan doa,usaha,istiqamah,tawakkal kepada-Nya.

Penstrukturan harus bermula dengan mengorbankan beberapa ahli politik yang sudah nampak akan kesalahannya; disusuli dengan Pembangunan masyarakat dan Pembangunan infrastruktur.Ianya lebih istimewa apabila pengagihan kekayaan negara diberi dan dirasai oleh setiap rakyat.

Pihak tersebut perlu melupakan sementara kisah kegemilangannya, sudah patut bermula suatu azam baru dengan melahirkan sebuah kegemilangan yang baru dan lebih agresif bukan terburu kepalang.Moga-moga media baru yang diterajui pihak yang kurang idea dan kreatif itu digugurkan dengan pihak yang benar-benar berkebolehan.

Yakin atau sebaliknya, mereka yang berjuang dengan kewangan atau dana yang sedikit lebih besar semangatnya,lebih berkobar dari pihak yang punya kewangan besar tetapi tandus idea dan kreativiti.

Sekian,
Sjj


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: