SWAT II : Latihan Condor uji persiapan hadapi serangan pengganas

22 08 2009

Nizam mengucapkan ribuan terima kasih kepada DSP Shahruddin, Chief Inspektor Rashdan dan Sarjan Roslan dari SWAT the ONE Brunei Police Force mengenai Table Top Exercise ini. Semoga kerjasama bergini dapat diteruskan pada masa akan datang…

Sekian
Hasfazanizam Hasman
Chief Engineer

<<

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis – Ekoran ancaman pengganas di luar negara yang sedang berlaku pada masa ini, Brunei tidak ketinggalan mengadakan langkah berjaga-jaga dan mula mengenal pasti sejauh mana kemampuan, persediaan dan kemantapan agensi keselamatan negara ini bagi menghadapi serangan pengganas.

Latihan Condor itu juga dapat menyelaras perkongsian maklumat perisikan di kalangan agensi keselamatan negara dan menjana satu tindakan yang bersepadu.

Semasa persidangan akhbar yang diadakan hari ini di Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei di Gadong, Timbalan Pesuruhjaya Polis (Operasi), Pehin Haji Hasrin Haji Sabtu menyatakan: “Agensi Keselamatan di negara ini mula mengaktifkan Latihan Condor melalui Jawatankuasa Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama penguat kuasa undang-undang di negara ini untuk sama-sama mengambil langkah siap sedia jika berlaku serangan pengganas.”

Katanya sebelum Latihan Condor yang membabitkan orang awam diadakan, dua latihan diadakan di Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei dan hasil latihan berkenaan adalah baik tetapi beberapa isu diketengahkan mengenai perlengkapan logistik dan perkara termasuk serangan pengganas.

Beliau juga berkata: “Semasa latihan dijalankan keupayaan pasukan agensi keselamatan dalam mengukur kecepatan dan kecergasan membuat tindakan bermula daripada menerima laporan pertama, di samping latihan ini dapat melihat kekurangan dan permasalahan yang terdapat semasa membuat tindakan dari segi logistik dan keupayaan semua pihak.”

Latihan Condor menumpukan kepada usaha mengenal pasti sejauh mana pengganas dapat membuat serangan dan sejauh mana kemampuan dan kemantapan dengan matlamat kerjasama yang bersepadu dengan agensi keselamatan untuk membasmi pengganas.

Dengan ini pasukan keselamatan sudah bersedia untuk memantau keadaan dengan tindakan yang bersesuaian dan lebih terarah dan mencari rumusan yang bersesuaian.

Latihan itu juga berhasrat mengenal pasti kemampuan agensi kerajaan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan yang terbabit benar-benar dapat diuji pakai antara satu agensi dengan yang lain.

SOP juga telah diuji kemampuannya bersama dengan agensi kerajaan untuk membuat tindakan dengan mengambil kira keadaan di sesuatu tempat seperti kesibukan jalan raya, kesibukan orang ramai di mana keadaan situasi yang berlainan di tempat diadakan latihan.

Dengan itu, SOP khas untuk hotel di negara ini yang belum pernah diuji cuba dalam keadaan kecemasan juga diuji tanpa memberitahu adanya Latihan Condor ini.

Latihan yang membabitkan lebih 1,100 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan mencapai hasrat untuk menyaksikan tahap kesediaan agensi yang berkenaan bertindak dalam keadaan kecemasan dan keberkesanan kerjasama pelbagai agensi dalam menyalurkan maklumat.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: