Facebook | Syamsul Johari Jalaludin: Pengkhianat Bangsa VS Pengkhianat Amanah

18 08 2009

Facebook | Syamsul Johari Jalaludin: Pengkhianat Bangsa VS Pengkhianat Amanah: “Syamsul Johari Jalaludin: Pengkhianat Bangsa VS Pengkhianat Amanah”

Seputar zaman penjajahan Jepun akhir tahun 1941… Kayuhan basikal dari tentera jepun seolah-olah mengalahkan suatu pertandingan kayuhan basikal pada hari ini. Dengan jiwa membara, corak serangan amfibi dimulakan; antaranya melalui utara Tanah Melayu…Slogan ASIA UNTUK ASIA di pacakkan pada benak fikiran.

Selepas berjaya menjajah, pemerintahan dasarnya menamakan Tanah Melayu sebagai Malai Baru(Melayu Baru).Pentadbiran Jepun ketika itu membahagikan kepada 2 pentadbiran iaitu Pusat dan Wilayah.Rentetan ini memberi satu simbolik, satu kesedaran, satu mesej dan bermulalah sandiwara pengkhianat bangsa….

Penjajahan banyak melahirkan pengkhianat bangsa secara berterusan, tetapi kita tidak sedar akan itu.Kerana adakalanya pihak yang menjajah; kita mengatakan ianya baik; contohnya British.Kita menganggap penjajahannya sesuatu yang baik, walaupun banyak hasil dari perut bumi tanah air tergadai, termasuklah juga tanah. Penjajahan bukan sahaja melahirkan pengkhianat bangsa malah ‘pengkhianat bangsa yang terpaksa’ juga dilahirkan dimana maruah anak dara melayu dicabul oleh tentera penjajah.

Penjajahan suatu masa dulu jarang di dengar istilah pengkhianat bangsa, yang sinonimnya ialah ‘tali barut’; dan jika ianya ke arah kebaikan akan dipanggil ‘kerjasama’.Hasil dari istilah itu, penduduk mencurigai antara satu sama lain.Ianya ditambah lagi dengan Kempetai sebagai pengintip.Pada yang engkar, hukum ‘hudud jepun’; pancung kepala dikhalayak ramai akan dilaksanakan; menjadi suatu ‘fanatik ketakutan’ pada hampir semua nenek moyang kita ketika itu.

Kita beralih pula ke arah sistem penjajahan inggeris; mungkin antara kita masih segar tentang dasar pecah dan perintah.Ramai yang maklum, sistem itu jelas membuatkan orang Melayu dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.Secara langsung dasar ini membelakangkan orang Melayu.Tetapi jarang atau langsung tidak dilafazkan oleh pemimpin hari ini bahawa penjajah Inggeris itu Pengkhianat bangsa Melayu.Bahkan hari ini pula Orang Inggeris dan Orang Jepun tidaklah pula di panggil pengkhianat tetapi dipanggil dengan bahasa yang cukup sopan; seperti Rakan pelaburan, Rakan Asia, Rakan Kemajuan dan sebagainya.Sangatlah kembang hidung mereka dengan pujian itu walaupun sudah merompak hasil negara suatu ketika dulu.

Jadi apa yang kita dapat belajar dari peristiwa ini adalah pengkhianat bangsa itu boleh berubah fungsinya melalui peredaran zaman.Itu antara hakikat yang menjadi asam garam kehidupan,dan jarang sekali dinafikan kebolehupayaan ianya berubah pada tempat yang satu ketika dahulu salah,jahat,zalim kemudian beralih ke arah kedudukan yang berbeza.

Kita tutup cerita Pengkhianat Bangsa, kita selusuri pula lawannya iaitu Pengkhianat Amanah.

Saya lampirkan dahulu beberapa isi penting;

1. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al Anfal : 27).

2. “Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (Al Mukminuun : 8).

3. “Sesungguhnya allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia (allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya allah dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu, Sesungguhnya allah sentiasa mendengar,lagi sentiasa melihat”.
(An-Nisa’ ayat 58)

4. Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: “Tunaikanlah amanat kepada orang yang mempercayakan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

5. Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w bersabda, “Tanda orang munafiq itu ada tiga, yaitu: apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi, dan apabila dipercaya, berkhianat.” Dalam riwayat lain, “Sekalipun ia melakukan shaum, shalat dan mengaku sebagai seorang muslim.”

6. Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tiada amanah pada dirinya dan tiada agama bagi orang yang tidak dipercayai janjinya”.(Riwayat imam ahmad,al-bazar at-tabrani)

7. Ingatlah!,orang-orang yang tekah melakukan perbuatan khianat atau tidak amanah akan diisyaratkan dihadapan semua makhluk pada hari pembalasan,seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a dari nabi s.a.w sabdanya yang bermaksud : setelah allah mengumpulkan semua makhluk dari awal hingga akhirnya, akan dikibarkan bendera hati setiap pengkhianat lalu dikatakan : inilah pengkhianatan sipulan bin sipulan.(Riwayat muslim)

Pengkhianat amanah, ianya mungkin belum dilafazkan lagi secara lantang.Namun ianya sudah berlaku sejak dari dulu.Perihal pengkhianat amanah ini boleh berlaku pada mana-mana saluran tetapi yang ingin dihurai paksikan adalah melalui kepimpinan,kerana kepimpinan ini menanggung amanah yang besar dari agama,bangsa,rakyat,negara dan yang berkaitan.

Pentingnya adalah penerima amanah wajib menunaikan amanah; jika tidak, pada hari kiamat ia akan diseksa kerananya.Hari ini jika dibelek-belek keratan akhbar dan melalui ingatan banyak juga fakta perihal amanah ini dimasukkan.Dalam isu amanah ini timbul pula pecahannya seperti pecah amanah,tidak amanah, salah guna amanah; ianya banyak berlegar ke arah pemimpin-pemimpin.

Tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan kepada amanah kerana dari situ timbul penerapan nilai mulia.Apabila pemimpin tidak amanah,maka ramai ‘anak muridnya’ berpusu-pusu mengikuti dengan penuh semangat.

Beza yang ingin dikupaskan ialah sejauh mana sentimen Pengkhianat bangsa lawan Pengkhianatan amanah itu dapat menjana kemajuan manusia?

Apa yang kita nampak pada pengkhianat bangsa ini ianya tidak menyeluruh; seringkali ia dilabel pada bangsa itu sendiri.Secara langsung saya memikirkan apakah bangsa saya suka bergaduh sesama sendiri? Ianya suatu yang usang bilamana ekonomi khasnya, bangsa kita masih lagi belum mampu menguasai.Dan jarang sekali bangsa kita menuduh bangsa lain dengan begitu lantang; bangsa kita lebih selesa menghentam bangsa sendiri sedangkan mungkin bangsa lain sedang senyum tawa dan tepuk tangan dengan percakaran yang berlaku ini.

“Aku pakai songkok,kamu pakai songkok” ; soalnya apakah kamu mahu berpegang tangan,dan mencambahkan idea untuk sama-sama majukan bangsa; dari bertelagah dan menjadikan contoh yang tidak baik pada generasi akan datang.

Daripada kita menghukum pengkhianat bangsa adalah lebih baik menghukum Pengkhianat amanah..Ianya lebih menyeluruh.Tidak kira kamu Melayu, tidak kira kamu cina, tidak kira kamu india,tidak kira kamu bangsa apa pun, jika kamu rakyat Malaysia jika kamu pengkhianat amanah kamu wajar dihukum.Kerana hari ini banyak pengkhianat amanah muncul dalam diam, bahkan dalam selimut sekalipun boleh muncul pengkhianat amanah ini.

Seandainya pengkhianat amanah ini dihukum, ianya akan memberi suatu dimensi baru kepada kemakmuran dan peningkatan dari segi ekonomi dan sosial negara.Hasil dalam negara dapat diagihkan pada semua, rakyat mendapat manfaat dan gembira; kemajuan dapat dimajukan tanpa sekatan.Tiada lagi isu gula, tiada lagi isu yang berkait apabila pengkhianat amanah ini dihukum dengan segera.

Sekian,
SJJ


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: