Facebook | Syamsul Johari Jalaludin: "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran"

16 08 2009

Facebook | Syamsul Johari Jalaludin: "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran": “‘Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’

“Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran”Share
Today at 2:58pm
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran menerajui episod kali ini dengan melangkau ke arah kepimpinan dalam renung-renung orang muda.Hari ini banyak episod tuduh menuduh antara satu sama lain agar dengan demikian satu publisiti atau kaedah meyakinkan ahli mahupun rakyat dapat dinafaskan semula.

Kaedah tuduh menuduh ini mengingatkan zaman persekolahan tahun sekitar pertengahan 90an yang mana ketika itu jika disekolah jika seorang murid mengetahui nama bapa atau ibu seorang murid lagi; maka akan menjadi satu bonus ketika konflik berlaku antara mereka(boleh digunakan untuk diejek).

Ianya ditambah lagi dengan unsur kreatif pada murid itu dengan mempelbagaikan nama bapa yang ingin di ejek dengan penuh kiasan.Sebagai contoh jika nama bapanya Hashim makanya murid itu cuba mengejek nama murid berbinkan Hashim itu dengan ‘bersin’ dan idea-idea kreatif lain.

Unsur seumpama ini sebenarnya sedang berlaku dalam politik tanah air.Isu menuduh pengkhianat itu pengkhianat ini berbagai dengan penuh gaya kreatif agar mendapat sambutan dan selalunya berakhir dengan perang mulut.Jika dizaman persekolahan ianya berakhir dengan pergaduhan, kemudian seorang Guru atau Guru Disiplin akan masuk campur untuk mendenda dan seterusnya cuba untuk mendamaikan murid yang sedang berkonflik itu.

Persoalannya apakah orang tua mahu mengikut langkah ‘persekolahan’ dalam menyelesaikan sesuatu isu dan dalam keadaan yang penuh mendesak menyebabkan banyak hembusan suara mengata-ngatai dilahirkan untuk menjaga kepentingan politik masing-masing?

Apakah ini yang mahu ditonjolkan kepada muda-mudi?Atau sudah mula pemimpin hari ini hilang ilmu kepimpinan dan hanya bergantung kepada pengalaman semata-mata.Apabila berlaku konflik berterusan ianya akan mengganggu gugat pembangunan dari segi insfrastruktur dan sosial.

Isu yang melanda seolah-olah orang tua perlu mendapat nasihat dari orang muda atau sudah berlaku ‘terbaliknya dunia’ dalam zaman ini yang penuh pancaroba.Pemimpin mengatakan itu dan ini seperti banjaran emas tetapi yang mendapat manfaat besar pula adalah golongan terpilih,rakyat pula hanya mendapat manfaat kecil.

Ideologi yang bakal melanda di Permatang Pasir(sebagai contoh) tidak ubah seperti peribahasa yang dipilih; “yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran”. Dimana pemimpin sedang rakus mengejar keyakinan,tetapi dalam masa yang sama menghakis keyakinan rakyat.

Perbualan kepimpinan hari ini sangatlah diluar keterbatasan minda.Jika dahulu andai mukanya bersih makanya rakyat berbesar hati menjadi marhaennya.Tetapi hari ini jika pemimpin muka bersih belum memastikan pemimpin itu bersih dan belum tentu rakyat berbesar hati tentang kepimpinan pemimpin itu.

Zaman sudah berubah, zaman meiji adalah satu contoh kompilasi terbaik untuk dijadikan panduan dalam menstrukturkan kepimpinan.Meiji yang membawa maksud “pemerintah yang menerima pencahayaan” haruslah dicambahkan mengikut resipi dan situasi negara hari ini.

Sejarah pemerintahan meiji diterajui oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur sekitar15 tahun; di lantik selepas kejatuhan sistem pemerintahan Shogun Tokugawa. Atas semangat reform atau ‘semangat jepun baru’, pencapaian muncul dengan penuh drastik menerusi bahagian penting :

1. Penghapusan sistem feudalisme

2. Pemodenan angkatan tentera darat & laut

3. Komunikasi & perhubungan

4. Pendidikan

5. Undang-undang

6. Kesusasteraan

7. Ideologi & agama

8. Ekonomi

9. Perindustrian

10. Dasar kewangan & percukaian

11. Politik

12. Media

13. Kebudayaan

Jadi ternyata kaedah Meiji ini menjanjikan suatu perubahan sekiranya diaplikasikan kepada kepimpinan negara.Memang benar mungkin sudah wujud bahagian penting diatas dalam kepimpinan negara cumanya yang masih kurang adalah idealisme orang muda dalam memperbaiki kepimpinan kearah pemantapan semula.Kita bukan harus bangkit tetapi sudah tiba masanya pemimpin segelintir harus berfikir cara mereka berpolitik yang tidak ubah seperti budak sekolah.

Ingatlah jangan berjalan ke arah yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran…

Sekian,
SJJ


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: